Discontinued App

Ali-Imran (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff)

Sesungguhnya tafsir ini adalah sebuah susunan tafsir, yang disusun dengan mengambil penafsirannya dari kitab-kitab tafsir yang masyhur, dan kitab-kitab ...

QR Scan this code with your mobile device to download this app

Description

Sesungguhnya tafsir ini adalah sebuah susunan tafsir, yang disusun dengan mengambil penafsirannya dari kitab-kitab tafsir yang masyhur, dan kitab-kitab hadis, dan kitab-kitab sirah, dan kitab-kitab lain yang relevan. Tiadalah di dalam susunan tafsir ini tafsiran baru melainkan telah wujud tafsiran itu di dalam mana-mana kitab rujukan itu. Pada mulanya, penyusun membuat penyusunan ini sebagai satu kaedah untuknya mempelajari dan memahami Al-Quran. Dan penyusun juga cuba menterjemah sendiri ayat-ayat Al-Quran ke dalam bahasa Melayu sebagai satu lagi usahanya untuk lebih memahami bahasa Al-Quran. Dan di dalam menterjemah itu, penyusun cuba sedayanya untuk tidak menukar kedudukan nahu yang terdapat di dalam Al-Quran. Dan di dalam memilih terjemahan yang paling tepat dan baik dari bahasa Arab ke bahasa Melayu, penyusun membuat perbandingan terhadap semua terjemahan-terjemahan di dalam bahasa Inggeris dan Melayu yang penyusun boleh dapati. Hasil susunan tafsir ini kemudiannya telah digunakan sebagai bahan panduan di dalam kelas-kelas perbincangan yang penyusun adakan dengan keluarga terdekat dan kawan-kawan terdekat. Kitab-kitab tafsir utama yang menjadi rujukan penyusun ialah: 1. Tafsir Al-Quran Al-Azim oleh Al-Imam Abul Fida Ismail Ibnu Kathir Ad-Dimasyqi 2. Jami' Al-Bayan 'an Ta'wil Ayi Al-Quran oleh Abu Jaafarwa Muhammad bin Jarir At-Tabari 3. Al-Jami' li Ahkam Al-Quran oleh Imam Al-Qurtubi 4. Adhwa'ul Bayan oleh Syaikh Asy-Syanqithi Kitab-kitab tafsir lain: 1. Tafsir Al-Maraghiy oleh Ahmad Mustafa Al-Maraghiy 2. At-Tafsiru Al-Qayyium oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah 3. Tafsir fi Zilalil Quran oleh Sayyid Qutb 4. The Noble Qur'an oleh Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali dan Dr. Muhammad Muhsin Khan 5. Tafsir Jalalain oleh Jalaluddin As-Sayuthi dan Jalaluddin Ibnu Ahmad Al-Mahally 6. Tafsir Al-Azhar oleh Prof. Dr. Hamka

More

Technical specifications

Version: 2.0

Size: 5.15 MB

System:

Price: 0,00 €

Day of release: 0000-00-0

Comments about Ali-Imran (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff)

*We won´t use your data for marketing purposes, we only need to check your email

Do you know how to install the app?

Download Ali-Imran (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff) free

We use cookies to improve our services and tailoring our ads to match your requirements and navigation habits. Accept · Read more